SEBAHAGIAN duta Under Armour.
Muhamaad Razis Ismail


RAMAI mengabaikan kesesuaian kasut dalam melakukan aktiviti sukan.

Kasut sukan yang dipilih hanya berdasarkan beberapa faktor termasuk jenis, jenama dan warnanya tanpa mengambil kira manfaatnya.

Sepatutnya, ia bukan sahaja mampu meningkatkan kecergasan si pemakai malah mampu mengelakkan kecederaan.

Pakar Latihan dan Pembangunan Kanan Under Armour Asia Tenggara, Muhammad Syukri Azman berkata, sebelum membeli kasut pemakai perlu membuat sedikit penelitian mengenai produk itu supaya berbaloi bukan sahaja kepada wang ringgit malah dapat tahan lebih lama.

HOVR Machina dilengkapi Bluetooth.

Katanya, terdapat tiga perkara penting yang perlu diambil kira dalam membeli kasut sukan terbaik.

“Pertamanya, pengguna perlu pastikan bahagian tengah kasut ketat yang berfungsi untuk ‘memegang’ kaki supaya lebih selesa dan stabil ketika berlari.

“Kedua, ‘cushioning’ yang lembut di dalam kasut turut berfungsi menolak kaki ke hadapan. Ia bukan sahaja beri keselesaan malah membantu mengurangkan penggunaan tenaga.

“Ketiga, penggunaan kasut pintar memainkan peranan penting sebagai jurulatih peribadi yang membantu merekodkan jarak larian, mengurangkan kecederaan dan meningkatkan tahap larian tanpa perlu membawa telefon bimbit,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

KASUT sukan UA HOVR Machina.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Kasut Under Armour (UA) HOVR Machina di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.

Mengulas mengenai HOVR Machina, kasut ini memiliki ciri sesuai untuk individu yang meminati larian jarak jauh.

“Antara keistimewaan kasut ini ialah dilengkapi dengan bluetooth di bahagian kanan kasut. Menerusi teknologi ini, ia dapat mengumpul data dan dapat memahami cara larian yang betul tanpa perlu membawa bersama telefon.

“Selain itu, kasut ini turut memiliki ‘propulsion plate’ di bahagian tengah kasut yang membantu menolak pelari ke hadapan sekali gus mengurangkan tenaga,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, kasut ini memiliki ‘cushioning’ yang lebih lembut namun lebih ringan berbanding kasut lain.

“Kami di Under Armour sentiasa mencabar diri untuk keluarkan kasut lebih ringan tapi dengan ‘cushioning’ yang lebih.

“Menerusi kasut ini, kita berjaya lakukan biarpun terdapat lebih 22 peratus ‘chusioning’ dapat dinikmati pelanggan dengan berat 283 gram,” katanya.

Tambahnya, lebih unik kasut ini didatangkan dengan reka bentuk berbeza untuk lelaki dan wanita.

BAHAGIAN dalam kasut UA HOVR Machina.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 6:30 AM