X
9. Solekan menarik ala ‘natural look’. FOTO Rohanis Shukri
9. Solekan menarik ala ‘natural look’. FOTO Rohanis Shukri
SESUAI dengan pelbagai rekaan baju tidak kira gaya tradisional mahu pun moden kontemporari. FOTO Rohanis Shukri
SESUAI dengan pelbagai rekaan baju tidak kira gaya tradisional mahu pun moden kontemporari. FOTO Rohanis Shukri
Fairul Asmaini Mohd Pilus

[email protected]. com. my

TIDAK kira untuk acara siang atau malam, solekan adalah satu daripada cara menyerlahkan lagi penampilan diri.

Ini kerana solekan bukan sahaja dapat menambah keyakinan diri, malah turut membantu menonjolkan kecantikan dengan menyembunyikan cela pada wajah.

Namun, warna kulit mempengaruhi pemilihan warna dan jenis solekan yang sesuai.

Wanita yang berkulit cerah misalnya sesuai dengan pelbagai jenis solekan. Begitu juga dengan anda yang berkulit sawo matang atau gelap. Jika kena padanan warna ia tampak lebih sempurna.

1. SEBELUM solekan.
1. SEBELUM solekan.

Begitupun, jurusolek berpengalaman, Yann Ahmad berkata, untuk 2020 solekan minimalis ‘less is more’ dikatakan menjadi pilihan wanita di negara ini.

Ia sesuai untuk menghadiri acara santai pada sebelah siang bersama rakan tersayang mahu pun acara glamor di malam hari.

Ini kerana kata Yann, wanita hari ini ramai mahu tampil dengan penampilan ringkas yang tampak semula jadi.

Katanya, solekan jenis itu kelihatan tidak keterlaluan namun masih mampu menyerlahkan penampilan anggun seseorang wanita.

“Solekan sebegini sesuai dengan pelbagai rekaan baju tidak kira gaya tradisional mahu pun moden kontemporari.

“Selain menyerlahkan lagi sisi feminin, solekan ala semula jadi juga menampakkan seseorang wanita itu lebih segar,” katanya.

Bagi yang mahu mencuba gaya solekan yang tampak semula jadi ini, berikut adalah beberapa langkah demi langkah untuk diikuti:

2. PILIH bedak asas yang sesuai dengan rona kulit.
2. PILIH bedak asas yang sesuai dengan rona kulit.

3. PENYAMAR noda perlu dipakai untuk menutup cela pada wajah.
3. PENYAMAR noda perlu dipakai untuk menutup cela pada wajah.

4. PEMBAYANG mata untuk serlahkan solekan.
4. PEMBAYANG mata untuk serlahkan solekan.

5. MASKARA untuk menyerlahkan lagi solekan pada mata.
5. MASKARA untuk menyerlahkan lagi solekan pada mata.

6. PILIH pemerah pipi rona yang tidak terlalu terang.
6. PILIH pemerah pipi rona yang tidak terlalu terang.

7. AKHIR sekali, oleskan gincu dan pengilat bibir.
7. AKHIR sekali, oleskan gincu dan pengilat bibir.

8. OLESKAN pengilat bibir.
8. OLESKAN pengilat bibir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 7:00 AM
Digital NSTP Subscribe