MINI kurung koleksi Gia.
MINI kurung koleksi Gia.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

BAGI memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, jenama MODE menampilkan koleksi fesyen menarik yang sedia dipakai (RTW).

Koleksi yang pertama kali diperkenalkan itu dihasilkan dengan kolaborasi bersama musenya, Intan Najuwa.

Keseluruhan rekaan yang dihasilkan berkonsepkan penampilan minimalis di pagi raya.

Biarpun ringkas namun dengan potongan moden dan klasik yang ditampilkan memberikan aura kemanisan kepada pemakai tatkala menggayakannya.

Koleksi berkenaan hadir dalam pilihan warna gelap yang elegan dan eksklusif.

Bagi memastikan pemakainya selesa sepanjang hari, perekanya, Mirul Jonit menggunakan material lembut dan tidak panas seperti como creepe serta renda Perancis.

Sesuai dengan Aidilfitri tahun ini yang disambut dengan penuh sederhana, koleksi berkenaan juga boleh didapati dengan harga berpatutan.

Semua elemen itu jelas memberi impak dan menjadi pilihan tepat kepada pelanggan, tidak hairanlah sambutan yang diterima juga di luar jangkaan.

KOLEKSI Sofia yang tidak kurang menariknya.
KOLEKSI Sofia yang tidak kurang menariknya.

POTONGAN Melayu klasik, kurung Pahang Caelia.
POTONGAN Melayu klasik, kurung Pahang Caelia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 7:00 AM