X
MENU Ramadan terbaharu di IKEA.
MENU Ramadan terbaharu di IKEA.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

IKEA Malaysia memperkenalkan pelbagai menu baharu cita rasa tempatan bagi menambah pilihan kepada orang ramai untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Antara yang menarik ialah martabak, sate ayam bersama kuah kacang, roti jala, lontong, pulut panggang, kuih-muih tradisional, kek dan biskut raya.

Jadi, jangan ketinggalan membawa keluarga atau rakan kesayangan anda untuk menikmati hidangan berkenaan sama ada berbuka di rangkaian IKEA, beli bungkus atau dihantar ke rumah menerusi perkhidmatan Bungkusit.

Menu menarik sempena Ramadan itu boleh didapati sehingga 23 Mei depan.

Untuk maklumat terkini mengenai tambahan menu baharu dan tawaran makanan menarik, layari laman web IKEA.my/restaurant.

Dalam pada itu, semua restoran IKEA dibuka untuk perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang makanan.

Namun, jika mahu berbuka di restoran, ia hanya boleh didapati di cawangan IKEA Cheras dan IKEA Tebrau.

Sementara masih ramai yang kekal di rumah dan berwaspada dengan kesihatan, orang ramai boleh membeli barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri menerusi dalam talian di IKEA.my

Selain itu, penghantaran tanpa sentuhan dan khidmat pemasangan juga disediakan bagi keselesaan serta kemudahan pelanggan di rumah.

BERANEKA kuih-muih tradisional penambat selera.
BERANEKA kuih-muih tradisional penambat selera.

IKEA sedia pelbagai menu baharu cita rasa tempatan sepanjang Ramadan ini.
IKEA sedia pelbagai menu baharu cita rasa tempatan sepanjang Ramadan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 6:30 AM