RASA perit sehingga mengganggu rutin.
RASA perit sehingga mengganggu rutin.
Nurul Husna Mahmud

BAYANGKAN bangun pagi dengan keadaan tekak perit, rasa 'tercekik' dan pedih boleh mengganggu 'mood' sehingga menjejaskan rutin harian.

Sakit tekak boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk jangkitan kuman seperti tonsilitis, difteria mahupun gejala demam.

Ada juga yang bergejala daripada penyakit lain seperti 'Gerd' (refluks gastroesophageal) mahupun 'croup' iaitu radang pernafasan yang sering dihadapi kanak-kanak.

Kebanyakan orang memilih untuk mengelak dari mengambil makanan atau minuman kerana tidak toleransi dengan rasa sakit itu, sebenarnya ia lebih memburukkan situasi sakit tekak yang anda alami.

Tidak memadai hanya bergantung kepada pengambilan antibiotik semata-mata, tekak perlu terapi iaitu sentiasa dalam keadaan lembap untuk mengelak kondisi lebih teruk.

Justeru, salah satu cadangan makanan dapat melegakan keperitan ialah buah-buahan.

PERLU saringan doktor untuk kesan punca.
PERLU saringan doktor untuk kesan punca.

Antara dicadangkan ialah pisang, tembikai dan delima yang dilihat mempunyai fungsi tertentu membantu melegakan masalah tekak.

Pengasas dan Pengarah Perubatan The UltraWellness Center Amerika Syarikat, Dr Mark Hyman berkongsi mengenai solusi dalam menangani masalah perit tekak dengan pengambilan buah-buahan seperti tembikai, delima dan pisang.

"Pengambilan buah-buahan yang tinggi kandungan glutation seperti tembikai adalah keperluan penting kerana membantu fungsi imun dan mengawal keradangan.

"Ia lebih baik diambil dalam tekstur asal untuk kekalkan nutrisi dan vitamin sedia ada mengikut keperluan tubuh," katanya.

Selain tembikai, cadangan pilihan buah termasuk delima kerana dipercayai mengandungi kandungan antioksida selain membantu menangkis jangkitan termasuk bahagian tekak.

Sementara itu, pisang disarankan pengambilan bagi mereka mengalami sakit tekak kerana teksturnya yang lembut membantu mengenyangkan dan membekalkan keperluan untuk tubuh pulih.

Berikut adalah cadangan resipi untuk melegakan sakit tekak:

BAHAN untuk penyediaan smooties, yogurt kosong, potongan pisang dan jus delima.
BAHAN untuk penyediaan smooties, yogurt kosong, potongan pisang dan jus delima.

1. Smooties Pisang Delima

a) Dua cawan yogurt kosong

b) Dua cawan jus delima

c) Dua biji pisang

- Kisarkan semua bahan berkenaan sehingga sebati. Boleh diminum segera atau diletakkan di dalam peti sejuk untuk dinikmati kemudian.

SERBET tembikai dan madu antara pencuci mulut bantu legakan tekak.
SERBET tembikai dan madu antara pencuci mulut bantu legakan tekak.

2. Serbet tembikai bersama madu

a) Dua cawan isi tembikai

b) Sebiji telur (bahagian putih sahaja diambil)

c) Tiga sudu madu

d) Dua cubit serbuk kulit kayu manis

- Masukkan isi tembikai dalam mesin proses makanan dan kisar sehingga lumat.

- Masukkan semua ramuan lain dan kisar sehingga dapat tekstur sebati dan lembut.

- Masukkan dalam peti ais di bahagian sejuk beku semalaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 6:30 AM