PILIHAN pupur rambut perlulah sesuai dengan tektur atau jenis rambut. - FOTO Google
PILIHAN pupur rambut perlulah sesuai dengan tektur atau jenis rambut. - FOTO Google
Nurul Husna Mahmud


SEBUT sahaja penjagaan tambahan seperti pupur, ramai orang memikirkan ia hanya perlu pada wajah, sedangkan dalam satu ketika rambut juga memerlukan rawatan itu.

Ia merujuk kepada situasi ketika ini apabila rambut berdepan dengan atmosfera ekstrem termasuk faktor cuaca, kesan daripada aktiviti dandanan, perubahan baik kualiti udara dan suhu.

Perlu diketahui umum setiap struktur rambut memiliki tiga lapisan. Apabila lapisan luarnya rosak, ini akan menyebabkan lapisan dalam terdedah dan rentan, kesannya rambut yang sedia ada akan mengalami masalah seperti kekeringan, kerinting dan suram.

Justeru, seperti mana kulit melalui proses penjagaan rapi, masalah rambut boleh ditangani dengan penjagaan asas dan rutin tambahan seperti penggunaan pupur sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Pupur secara umumnya dapat membantu memberikan 'kekuatan' dan nutrisi tambahan yang diperlukan bagi mendapatkan struktur yang sihat dan akhirnya dapat mengembalikan kilauan rambut.

PUPUR rambut kaya dengan minyak semula jadi seperti argan, avokado dan kelapa atasi masalah rambut keriting teruk. - FOTO Google
PUPUR rambut kaya dengan minyak semula jadi seperti argan, avokado dan kelapa atasi masalah rambut keriting teruk. - FOTO Google

Cara memilih pupur rambut boleh anda lakukan berdasarkan tip berikut;

i . Rambut jenis kering, rosak dan rapuh

Gunakan pupur yang kaya dengan pelembap bagi membantu melembap menyuburkan rambut. Sebagai contoh pupur rambut berasaskan keratin boleh mengembali dan memulihkan struktur rambut.

ii. Rambut jenis tipis, jarang dan berstruktur halus

Gunakan pupur rambut yang mengandungi tinggi protein kerana ia akan menambah kekuatan pada struktur rambut.

iii. Rambut jenis keriting

Gunakan pupur yang mengandungi banyak minyak semula jadi, termasuk argan, avokado dan kelapa kerana ia membantu melicinkan serta mengurangkan kesan kerinting pada rambut.

iv. Rambut jenis berminyak

Oleh kerana kulit kepala anda menghasilkan sebum dalam jumlah yang banyak, ini memberikan perlindungan semula jadi kepada rambut anda. Anda mungkin tidak perlu menggunakan pupur rambut, kecuali hujung rambut anda rapuh atau menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang lain.

Kaedah menggunakan pupur pada rambut

RAMBUT terdedah dengan alat dandanan haba tinggi memberi kesan pada struktur rambut. - FOTO Google
RAMBUT terdedah dengan alat dandanan haba tinggi memberi kesan pada struktur rambut. - FOTO Google

Terdapat beberapa urutan dan peraturan menggunakan pupur rambut membolehkan ia memberi kesan baik.

i. Rambut panjang dan tebal perlu memakai pupur lebih lama berbanding mereka yang memiliki rambut pendek dan halus.

ii. Penggunaan basah atau ketika kering sebenarnya bergantung kepada jenis pupur yang dipilih. Pupur jenis berminyak sesuai untuk dipakai ketika kering sementara pupur yang kaya dengan kandungan air sebaiknya ketika rambut basah.

iii. Basah atau kering syarat utama dalam menggunakan pupur rambut mestilah baru dicuci. Ini kerana rambut tidak mengandungi kotoran membantu ia menyerap manfaat.

iv. Pakai pada keseluruhan rambut dan perlu tumpu pada bahagian hujung kerana bahagian itu paling 'tua' dan rapuh. Boleh guna sikat bergigi lebar sementara hujungnya digosok lembut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 6:35 AM