SUBANG yang tidak kurang menariknya.
SUBANG yang tidak kurang menariknya.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


DIAM tak diam, jenama barangan kemas terkenal dari Denmark, Pandora meraikan ulang tahun ke-20 tahun ini.

Justeru, bagi meraikannya, Pandora memperkenalkan koleksi khas yang direka eksklusif bagi menyerlahkan keperibadian pemakai, seiring DNA jenama berkenaan.

Empat pilihan ditampilkan iaitu rantai leher perak sterling boleh laras dalam rekaan bar-T, subang dua lapisan, cincin unik tiga bentuk bersilang dan charm istimewa, The Pandora Moments l.

Koleksi yang sudah berada di pasaran itu sarat elemen jenama terbabit seperti logo, potongan berbentuk hati dalam kemasan berkilauan.

Gabungan perincian geometrik dan kemahiran pertukangan seni penghasilan barangan kemas jenama berkenaan tidak boleh disangkal lagi.

Diilhamkan reka bentuk tangga berliku, bangunan futuristik dan patung yang menentang graviti, koleksi itu dihasilkan untuk menjadi pelengkap penampilan harian wanita yang bergaya serta mudah.

Jenama berkenaan selama ini terkenal dalam penghasilan, pengeluaran dan memasarkan koleksi barangan kemas buatan tangan daripada bahan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.

Koleksi barang kemas jenama itu dijual di lebih 100 negara menerusi 7,400 tempat penjualan termasuk lebih 2,700 kedai konsep.

RANTAI leher yang menyerlahkan lagi penampilan wanita.
RANTAI leher yang menyerlahkan lagi penampilan wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 6:30 AM