SI manja riang gembira dengan lampin yang kering dan selesa.
SI manja riang gembira dengan lampin yang kering dan selesa.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Selain lapar, banyak faktor yang boleh menyebabkan si comel meragam.

Antaranya ketidakselesaan dan kerengsaan kulit akibat lampin yang basah.

Terdapat banyak pilihan lampin di pasaran dan ibu bapa perlu buat perbandingan bagi memilih mana yang terbaik untuk si manja kesayangan.

Sebagai jenama yang dipercayai oleh ibu bapa di Malaysia, Huggies terus membawakan inovasi untuk memberikan perlindungan terbaik bagi bayi menerusi pengenalan Dry Pants serba baharu dengan Teknologi Saluran Dry Xpert.

Teknologi itu menjadikan penyerapan lebih pantas selain memastikan si manja kekal gembira dengan kulit kering dan selesa, jadi tidak hairanlah jika ia dinamakan sebagai Lampin Dengan Penyerapan Terpantas di Malaysia tahun ini.

Pengurus Pemasaran (Penjagaan Bayi), Kimberly-Clark Trading (M) Sdn Bhd, Shweta Vig berkata, Malaysia adalah negara pertama yang melancarkan Teknologi Saluran Dry Xpert di rantau Asia-Pasifik.

"Kulit bayi lebih rapuh dan sensitif jika dibandingkan dengan kulit orang dewasa, jadi apabila si manja tidak berasa selesa terutamanya apabila kulit lembap, mereka akan rasa resah dan mudah menangis.

LAMPIN terbaharu dengan Teknologi Saluran Dry Xpert yang dapat menyerap lebih pantas.
LAMPIN terbaharu dengan Teknologi Saluran Dry Xpert yang dapat menyerap lebih pantas.

"Dalam kes tertentu, ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit seperti ruam lampin.

"Jenama ini memahami keperluan bayi dan ibu bapa justeru kami menawarkan lampin dengan perlindungan dan keselesaan berpanjangan menggunakan Teknologi Saluran Dry Xpert", katanya.

Teknologi berkenaan dihasilkan daripada penyelidikan dan ujian yang teliti.

Ia mempunyai saluran berbentuk X di teras lampin untuk mengagihkan kelembapan secara rata ke empat arah bagi memastikan penyerapan lebih pantas sekali gus mengekalkan kekeringan dan menjadikan bayi selesa sepanjang pemakaian.

Selain itu, saluran berbentuk X pada pelapik membantu lampin mengekalkan bentuk serta menghalang kekenduran dan dengan saiz yang sesuai, seolah sama seperti pelukan selesa untuk si manja.

Sementara itu, buat kali pertama dalam industri, jenama berkenaan tampil mencipta pengalaman menyeluruh melalui AR untuk menunjukkan kecanggihan teknologi yang digunakan.

Ibu bapa yang mengunjungi salah satu daripada 300 pasaraya terpilih di seluruh negara boleh mengimbas kod QR berdekatan lorong paparan Huggies untuk mengetahui rahsia teknologi berkenaan

Ibu bapa juga dapat berkongsi maklum balas mengenai teknologi itu selain merasai apa yang ditawarkan lampin berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 6:18 AM