SENTUHAN lembut lebih baik ketika kemasan mata berbanding teknik tarik seperti gerakan zig zag.
SENTUHAN lembut lebih baik ketika kemasan mata berbanding teknik tarik seperti gerakan zig zag.
Nurul Husna Mahmud

MATA yang cantik boleh diserikan lagi dengan solekan kemas dan mampu menyerlahkan bahagian tubuh itu sehinggakan menjadi fokus orang sekeliling yang memandangnya.

Solekan pada mata juga dilihat aspek menonjol dalam pemilihan tema solekan baik untuk siang atau malam. Tidak kurang juga solekan mata membantu memberi visual lebih menarik tanpa perlu melakukan pembedahan kosmetik.

Namun tidak dinafikan ada ketika solekan keterlaluan boleh menenggelamkan kecantikan semula jadi mata. Di sini disenaraikan antara kesilapan sering dilakukan wanita ketika melakukan tatarias pada bahagian itu.

1. Tidak menggunakan tona warna lembut sebelum mengenakan tona gelap terutama ketika menukar solekan mata.

Ketika melakukan perubahan warna atau mahu menukar solekan saat-saat akhir, rata-rata pemakainya terus menggunakan warna gelap sebagai pembayang.

Sebaiknya 'blending' iaitu pemulaan menggunakan pewarna kelopak yang lembut boleh memberi keseimbangan atau memudahkan kemasan warna kelopak jika ingin menukar warna.

WARNA pembayang perlu sepadan dengan warna mata.
WARNA pembayang perlu sepadan dengan warna mata.

2. Tidak menggunakan warna yang bersesuaian dengan warna tona kulit kelopak mata.

Sebelum mengenakan solekan pada mata, pemakainya mestilah membuat padanan warna dengan memikirkan konsep roda warna. Mungkin boleh lakukan sedikit sapuan pada belakang tangan untuk lihat adakah padanan warna digunakan sesuai.

Jika tidak pasti boleh dapatkan sikit pandangan dalam kalangan rakan lebih arif atau jurusolek profesional yang anda kenal. Ini mengelak anda menjadi bahan jenaka orang apabila solekan pada mata kelihatan pelik.

3. Menggunakan terlalu banyak warna pada kelopak mata.

Elak menggunakan lebih daripada tiga warna pada bahagian kelopak mata melainkan anda mengenakan solekan kesan khas atau tujuan peragaan 'cosplay.'

Letakkan prinsip 'ringkas itu lebih baik' atau 'minimalis lebih elegan' mengelak anda menggunakan terlalu banyak campuran warna untuk bahagian mata.

‘BLENDING’ betul membantu warna lebih semula jadi digunakan ketika solekan.
‘BLENDING’ betul membantu warna lebih semula jadi digunakan ketika solekan.

4. Gagal memadankan pembayang mata mengikut warna mata.

'Color blocking' atau kontra warna mungkin tampak cantik apabila dalam pemilihan busana tetapi bukan pada solekan wajah. Jadi, peraturan mudah gunakan warna pembayang mata berpandukan warna mata.

Gaya selamat ialah hitam, perang dan kelabu untuk semua jenis warna mata. Tetapi untuk warna pembayang tertentu seperti biru dan perang cerah perlu mengikut kumpulan warna mata tertentu.

5. Penggunaan berus mata dan teknik yang salah

Jangan menggunakan sebarang berus untuk bahagian mata kerana boleh mendatangkan kecederaan selain merosakkan bulu mata dan estetika solekan terjejas.

Gunakan material yang baik selain kaedah yang bersesuaian. Sebagai contoh ketika menggunakan berus 'flat' dengan kaedah zig zag, mungkin menyebabkan warna tidak rata dan kualiti 'kasar'.

Sebaliknya jika menggunakan kaedah 'dabbing' atau sentuhan hujung berus sedikit demi sedikit boleh memberi kesan lebih baik pada kemasan mata.

BERUS sesuai untuk saiz dan bentuk mata.
BERUS sesuai untuk saiz dan bentuk mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 6:30 AM