PEKERJA dan Syed Isa menyusun telur yang baru sampai.
PEKERJA dan Syed Isa menyusun telur yang baru sampai.
Mohamad Hussin

Astaxantin dihasilkan menerusi bioteknologi dengan menggunakan alga sebagai sumber utama yang berupaya membantu meningkatkan keupayaan antibodi pengguna.

Haematococcus pluvialis ialah alga mikro yang menghasilkan antioksida super dikenali astaxantin.

Penyelidikan yang dijalankan pakar seluruh dunia membuktikan Carotenoid Astaxanthin adalah 6,000 kali lebih kuat berbanding vitamin C.

Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit barah, meningkatkan ketahanan dan pemulihan otot serta mengandungi keupayaan antipenuaan.

Astaxantin juga sering digunakan di dalam pelbagai jenis rangkaian makanan tambahan kesihatan dan kosmetik.

SYED Isa menunjukkan telur premium yang dihasilkan.
SYED Isa menunjukkan telur premium yang dihasilkan.

Syarikat Algaetech International Sdn Bhd (Algaetech International), pengeluar produk berasaskan alga mikro, berjaya menghasilkan telur premium astaxantin dengan jenama Premia.

Pengarah Urusan dan pengasasnya Datuk Paduka Syed Isa Syed Alwi berkata, telur Premia memiliki kandungan super antioksida astaxantin.

Beliau berkata, telur astaxantin adalah telur yang dicampurkan bahan antioksidan astaxantin.

PROSES penyediaan astaxantin.
PROSES penyediaan astaxantin.

“Kami berjaya mengkomersialkan astaxantin sebagai bahan aktif untuk makanan tambahan kesihatan, penjagaan kulit dan kosmetik selain yang terbaru telur ini.

“Kami mengorak selangkah ke hadapan dalam bidang pertanian dengan menghasilkan makanan ayam (dedak) mengandungi astaxantin.

“Selepas beberapa bulan melalui proses analisis di makmal, telur astaxantin berjaya dihasilkan dengan kandungan nutrisi tinggi termasuk astaxantin dan omega-3,” katanya di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PENYELIDIK melakukan ujian makmal.
PENYELIDIK melakukan ujian makmal.

Syed Isa berkata, selain membekalkan produk astaxantin secara global, Algaetech kini berkolaborasi dengan salah satu pengusaha ladang ayam di Johor.

“Telur premium astaxantin sudah menembusi pasaran di Indonesia dan sambutan yang diberikan sungguh menggalakkan.

PEKERJA melakukan proses penyediaan astaxantin.
PEKERJA melakukan proses penyediaan astaxantin.

“Selain itu, kami sudah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk membawa masuk telur ini ke Turki, Filipina dan Thailand.

“Kami menyasarkan penghasilan 250,000 biji telur sehari dalam tempoh dua tahun bagi memastikan hasrat itu mampu dicapai,” katanya.

TELUR premium yang dihasilkan.
TELUR premium yang dihasilkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Mac 2018 @ 12:05 AM