PELAJAR teruja dengan kehadiran Spiderman, Deadpool dan Kamen Rider.
Fazurawati Che Lah


RATUSAN pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan teruja dengan kemunculan tidak diduga adiwira, Spiderman dan kumpulannya.

Spiderman itu diiringi Kamen Rider dan Deadpool muncul sebagai memenuhi acara UMKVengers yang bertujuan menyemarakkan minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, matematik serta inovasi.

Superhero itu juga turut menarik perhatian ratusan pelajar yang hadir dengan mempersembahkan tarian ‘flash mob’ sebagai permulaan majlis.

Kemunculan watak itu sempena gimik pelancaran perasmian projek tanggungjawab sosial [email protected] yang diselaraskan Pusat Jaringan Industi dan Komuniti (CUIC), Pejabat Pusat Komunikasi Korporat, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pengarah CUIC, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata, program [email protected] merangkumi aktiviti ceramah atau taklimat ringkas berkenaan kepakaran dan pengalaman penyelidik UMK.

Katanya, ada tiga segmen utama dijalankan antaranya perkongsian kepakaran dan pengalaman daripada wakil penyelidik serta pentadbir daripada Pusat Tanggungjawab (PTj) di UMK.

“Selain itu, segmen kedua membabitkan wakil atau duta terdiri daripada siswa UMK yang membuat persembahan flash mob atau senam tari dalam suasana yang santai dan menghiburkan sesuai dengan cita rasa golongan muda yang juga sasaran audiens utama projek [email protected].“Segmen ketiga membabitkan wakil pelajar UMK yang dipilih sebagai fasilitator untuk membantu sepanjang program ini berlangsung,” katanya yang turut merasmikan program berkenaan, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya demonstrasi Seni Mempertahankan Diri (TKD), Flashmob dan Gimik serta sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 12:11 PM