PEPERIKSAAN Cambridge English diterima oleh 25,000 universiti, majikan dan kerajaan.
PEPERIKSAAN Cambridge English diterima oleh 25,000 universiti, majikan dan kerajaan.
Fazurawati Che Lah

KAJIAN mengenai pembelajaran bahasa asing semasa zaman kanak-kanak yang diterbitkan dalam Journal of Social and Behavioural Procedia menyatakan kanak-kanak boleh mengikuti bahasa tambahan dengan baik.

Hasil kajian berkenaan membuka peluang kepada ibu bapa untuk memperkenalkan anak dengan bahasa Inggeris pada usia muda.

Bahasa Inggeris bukan hanya senang difahami ketika anak masih muda, tetapi membuka pelbagai kelebihan seperti peningkatan kemahiran dan kreativiti penyelesaian yang akhirnya akan memberi manfaat seiring dengan usia.

Kepentingan bahasa Inggeris membolehkan anak menguasai akademik dengan baik sehingga mereka ke peringkat pengajian tinggi dan pekerjaan.

Sebagai pihak berkuasa utama dalam penilaian dan ujian bahasa Inggeris, Cambridge English direka khas untuk setiap peringkat pelajar dari sekolah rendah sehingga ke profesional.

Melalui Cambridge English, ibu bapa boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak-anak melalui ujian Cambridge Assessment English’s Young Learners.

Ujian Cambridge Assessment English’s Young Learners memperkenalkan kanak-kanak kepada penulisan dan pertuturan harian Bahasa Inggeris serta menjadi cara yang terbaik bagi mereka untuk mendapatkan keyakinan dan menambah baik bahasa Inggeris mereka.

Ujian ditulis sekitar topik biasa dan memberi tumpuan kepada kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Inggeris melalui mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Kualifikasi Bahasa Inggeris Cambridge adalah peperiksaan mendalam yang menjadikan pembelajaran bahasa Inggeris menyeronokkan, berkesan dan bermanfaat.

Sehingga kini, kira-kira 25,000 merangkumi universiti, majikan dan kerajaan seluruh negara menerima peperiksaan Cambridge English.

Melihat kepada perkembangan dunia semasa perkembangan bahasa Inggeris yang terus meluas turut meletakkan bahasa itu sebagai syarat asas untuk memperkukuhkan permohonan pengajian ke peringkat universiti sama ada dalam dan luar negara.

Ini kerana kebanyakan kursus di universiti diajar dalam bahasa Inggeris dan menjadi kemestian untuk bakal penuntut mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang cemerlang.

Seiring perkembangan bahasa itu juga, pasaran pekerjaan hari ini yang sangat berdaya saing turut menjadikan penguasaan bahasa Inggeris antara syarat kelayakan daripada majikan dan tidak lagi mengukur kepada pencapaian akademik semata-mata.

Dengan melengkapkan diri dengan kelayakan dari penilaian Cambridge English, pemohon boleh memulakan proses pengajian universiti dengan langkah yang mantap dan yakin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 6:05 AM