BANGUNAN Tunku Canselor Universiti Malaya. Permohonan kemasukan ke Universiti Awam serta Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam dibuka Isnin ini. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN Tunku Canselor Universiti Malaya. Permohonan kemasukan ke Universiti Awam serta Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam dibuka Isnin ini. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

PERMOHONAN kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi , Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka Isnin ini.

Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan permohonan melalui sistem dalam talian itu dibuka menerusi laman sesawang http://upu.moe.gov.my mulai 12 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, sebelum mengemukakan permohonan, pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Februari.

“Pembelian Nombor Unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 30 Mac bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala 6 April bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf,” menurut kementerian itu.

Pemohon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM/STPM diumumkan.

Sistem UPUOnline akan ditutup pada 31 Mac, 11.59 malam bagi lepasan SPM dan 7 April, jam 11.59 malam bagi lepasan STPM/ setaraf.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM di talian 03-88708200 atau e-mel di [email protected] atau laman sosial Facebook ‘KEMASUKANBPKPJPT‘, Twitter ‘@TWT_UPU’ dan Instagram ‘@KEMASUKANBPKP’.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 12:09 PM
Digital NSTP Subscribe