NORIDA (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Dr Jamied Chin Siew Keng, di Seremban.FOTO Mohd Amin Jalil
NORIDA (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Dr Jamied Chin Siew Keng, di Seremban.FOTO Mohd Amin Jalil
Mohd Amin Jalil


PENGURUSAN Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah (STAN) berusaha memperkasakan program pendidikan vokasional menengah atas (PVMA) bagi memberi peluang lebih luas dalam bidang kemahiran untuk membina kerjaya pelajar.

Terbaharu, STAN menjalinkan kerjasama dengan syarikat perkhidmatan kecantikan estetik tempatan, Women World Sdn Bhd (Women World), bagi membolehkan pelajar sekolah itu dapat mempelajari bidang kecantikan estetik.

Pengetua STAN, Norida Omar berkata, kerjasama itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran dan pada masa sama memacu prestasi akademi dalam bidang estetik yang berpotensi berkembang maju.

“Selain itu, kami mahu memberikan motivasi dan khidmat bimbingan kepada pelajar PVMA serta memberikan latihan industri kepada mereka berikutan syarikat itu menyediakan latihan kemahiran secara percuma.

“Kerjasama ini dapat menyediakan peluang kepada pelajar PVMA mendapatkan kemahiran awal, sekali gus memberikan kelebihan kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi sebaik tamat persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili STAN pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara STAN dengan Women World, yang diwakili Dr Jamied Chin Siew Keng di STAN, di Seremban, hari ni.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 8:57 PM
Digital NSTP Subscribe