X
BELAJAR secara normal baharu dan berjumpa rakan-rakan selepas hampir empat bulan tidak ke sekolah.
BELAJAR secara normal baharu dan berjumpa rakan-rakan selepas hampir empat bulan tidak ke sekolah.
Suliati Asri

RABU lalu, giliran pelajar tingkatan satu hingga empat, murid tahun lima dan enam serta pelajar kelas peralihan pula kembali memulakan sesi persekolahan.

Pembukaan semula sekolah bagi murid tahun satu hingga empat pula bermula 22 Julai ini.

Perasaan gembira nyata terserlah di raut wajah pelajar saat mengetahui mereka bakal kembali ke sekolah.

Maklum saja, sudah hampir empat bulan mereka tidak menjejakkan kaki ke sekolah belajar secara normal baharu dan berjumpa rakan-rakan.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, perasaan khuatir turut dirasai bukan saja dalam kalangan pelajar, tetapi juga guru dan ibu bapa.

PELBAGAI langkah diambil pihak sekolah dalam memastikan pematuhan SOP dilaksanakan sebaiknya.
PELBAGAI langkah diambil pihak sekolah dalam memastikan pematuhan SOP dilaksanakan sebaiknya.

Bagaimanapun, dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) selain kes Covid-19 yang semakin terkawal, kegusaran itu sedikit reda.

Persiapan rapi yang dilaksanakan pihak sekolah juga sangat memberangsangkan.

Ibu bapa juga sibuk menyusun kembali jadual, mengatur masa dan menguruskan keperluan harian anak bagi memastikan aktiviti pembelajaran berjalan lancar.

Pelbagai langkah keselamatan juga dipersiapkan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak.

MURID tahun enam, Rannya Haisshainy Selvasundar (kanan) mencuci tangan sebelum masuk bilik darjah.
MURID tahun enam, Rannya Haisshainy Selvasundar (kanan) mencuci tangan sebelum masuk bilik darjah.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 7:00 AM