LAWATAN sambil belajar ke Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor. (Nur Ellyna Aziera berdiri lapan dari kiri).  FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi
LAWATAN sambil belajar ke Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor. (Nur Ellyna Aziera berdiri lapan dari kiri). FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi
Suliati Asri

"Satu dalam sepuluh. Ayah adalah idola pertama saya kerana beliau pemimpin dalam keluarga dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

"Bukan saja idola, malah ayah juga seorang pendidik yang tidak pernah jemu mengajar saya erti kehidupan dan berkongsi ilmu pengetahuan," kata Nur Ellyna Aziera Azizi, 26.

Penuntut Ijazah Sarjana Pengajian Media Universiti Malaya (UM) itu berhasrat menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu dalam alam pekerjaan.

Selain mengimpikan peluang pekerjaan yang membantunya lebih berinovasi dan kreatif dalam menghasilkan idea beliau pada masa sama, ingin menceburi bidang pekerjaan yang menggunakan teknologi terkini dan dikelilingi orang ternama sebagai pencetus inspirasi kejayaan.

Berpegang kepada prinsip hidup, jika tidak mencuba, anda tidak akan tahu tahap kemampuan anda sekali gus meletakkan gadis ini antara insan yang tidak pernah mengaku kalah dan gemar mencabar kemampuan diri.

"Buktinya, sejak pra sekolah saya sudah didedahkan dengan kesenian. Di peringkat sekolah saya gemar mengikuti kelas kesenian terutama seni halus dan di ketika itu juga saya sering memasuki pertandingan kesenian sama ada melukis atau seni reka.

KETIKA memenangi tempat kedua Young Humanitarian Writers Competition 2019. (Nur Ellyna Aziera dua dari kiri).  FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi
KETIKA memenangi tempat kedua Young Humanitarian Writers Competition 2019. (Nur Ellyna Aziera dua dari kiri). FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi

DI kuliah studio produksi yang disertai di Universitas Padjajaran. (Nur Ellyna Aziera berdiri empat dari kanan).  FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi
DI kuliah studio produksi yang disertai di Universitas Padjajaran. (Nur Ellyna Aziera berdiri empat dari kanan). FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi

"Di peringkat diploma, saya memilih untuk meneruskan kesenian dengan menceburi pengajian seni reka grafik dan digital di Kolej Teknologi Timur iaitu Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Saya amat berbangga dengan pencapaian ketika di peringkat diploma kerana berjaya menghasilkan produk akhir tahun yang berkualiti menjadikan saya antara pelajar cemerlang pada tahun itu.

"Ketika pameran akhir tahun diploma dijalankan, saya juga mengambil bahagian dan bertanggungjawab mengurus serta menghasilkan video montaj untuk pameran berkenaan. Dari situ bidang pengarahan dan menghasil video antara yang saya turut gemari," kata Nur Ellyna Aziera.

Malah dia mengakui ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Puncak Perdana, dia mengambil keputusan untuk menceburi bidang perfileman.

Situasi itu membantunya mendalami ilmu pengarahan dan penyuntingan video serta pengetahuan tambahan dalam mempelajari falsafah dan teori berkenaan dunia perfileman yang amat menarik untuk dikaji.

ANTARA aktiviti sukan air yang mancabar dirinya.  FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi
ANTARA aktiviti sukan air yang mancabar dirinya. FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi

"Ketika itu juga saya banyak didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengalaman dalam penggambaran. Saya juga berjaya menghasilkan beberapa video dan filem pendek. Malah saya juga dapat pengalaman dalam mengarah dan menerbitkan filem pendek selain penulisan tesis dalam mengkaji mengenai skor filem.

"Kini di UM, saya mencabar diri dengan mempelajari ilmu pengajian media. Pengajian media adalah kajian yang memberi pandangan mendalam mengenai dunia komunikasi massa dengan penekanan pada kandungan dan struktur media, masyarakat dan budaya seiring dengan perkembangan dan cabaran baru dalam media serta komunikasi.

"Tidak terkecuali, saya kini dalam proses menghasilkan kajian penulisan dan perancangan untuk filem pendek yang bergenre seram bagi projek akhir tahun," cerita anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.

Bagaimanapun, Nur Ellyna Aziera mengakui antara cabaran yang dihadapi ketika di kampus adalah pengurusan masa.

NUR Ellyna Aziera diapit ibu dan bapanya ketika konvokesyen ijazah sarjana muda.  FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi
NUR Ellyna Aziera diapit ibu dan bapanya ketika konvokesyen ijazah sarjana muda. FOTO Ihsan Nur Ellyana Aziera Azizi

NOOR Syerifazidazetty menggunakan kemahiran menjahit untuk hasilkan pelbagai produk kraf tangan.
NOOR Syerifazidazetty menggunakan kemahiran menjahit untuk hasilkan pelbagai produk kraf tangan.

"Semua itu tidak menghalang untuk bergelar penuntut aktif. UM ada membuka peluang kepada penuntut mengikuti program pertukaran budaya ke Universitas Padjajaran di Bandung, Indonesia.

"Saya rebut peluang itu dan amat teruja kerana ia antara program pertukaran budaya yang pertama saya sertai.

"Program seperti ini memberi saya peluang untuk mengenal rakan baru, pertukaran budaya dan nformasi terkini berkenaan industri media serta komunikasi antara Malaysia dan Indonesia. Selain berpeluang melihat karya seni perfileman pelajar di universiti itu dan berkongsi ilmu serta pengalaman bersama," katanya pemenang kedua

(non-journalist, Bahasa Melayu) Young Humanitarian Writers Competition 2019 itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 7:00 AM