EKSPO Pendidikan TVET@KPLB Tahun 2020 dilaksanakan dalam talian selama4 hari dengan tema Pilihan Kemahiran Anda.
EKSPO Pendidikan [email protected] Tahun 2020 dilaksanakan dalam talian selama4 hari dengan tema Pilihan Kemahiran Anda.
Rosyahaida Abdullah

Buat pertama kalinya Ekspo Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bakal dilaksanakan secara dalam talian selama empat hari bermula hari ini.

Dikenali sebagai Ekspo Pendidikan [email protected] Tahun 2020, pelbagai acara diatur termasuk siaran secara langsung menerusi webinar selain rakaman video dan kuiz sempena program itu.

Setiausaha Bahagian Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat KPLB, Ramlee Amat berkata, berbanding tahun sebelumnya, [email protected] pada tahun ini dianjurkan secara maya susulan menuruti norma baharu disebabkan wabak Covid-19 yang masih belum berakhir.

Dengan objektif memberi pendedahan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mendalami bidang TVET, jelas beliau, ekspo itu juga secara tidak langsung disasar merealisasikan langkah pendigitalan program berkenaan dengan lebih baik dan berkesan.

"Tema ekspo pada kali ini adalah Pilihan Kemahiran Anda dimana ia akan memfokuskan kebolehpasaran graduan, kisah kejayaan alumni, kehidupan kampus serta program TVET yang tersedia.

"Meskipun dianjurkan secara dalam talian, ia cukup padat dengan pengisian yang bukan saja menarik malah penting untuk diketahui calon TVET terutama mengenai peluang yang terbuka luas untuk pembinaan kerjaya mereka kelak.

"Webinar (seminar dalam talian) secara langsung dengan topik menarik seperti Buat Apa Beli Kalau Boleh Buat Bro..., Oh!! My TVET dan Dapur Berasap Kolej KEDA antara pengisian yang pastinya memberi maklumat berguna buat mereka yang sedang mengintai peluang dalam bidang ini (TVET)," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi.

PENGKHUSUSAN ini memudahkan pelajar untuk mengenal pasti potensi dan kecenderungan masing-masing. (Gambar hiasan)
PENGKHUSUSAN ini memudahkan pelajar untuk mengenal pasti potensi dan kecenderungan masing-masing. (Gambar hiasan)

Mengulas lanjut, Ramlee menjelaskan, penganjuran [email protected] kali ini mendapat kerjasama erat enam agensi utama dibawah KPLB.

Ia katanya meliputi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

"Terdapat 279 institusi pendidikan TVET membabitkan enam agensi ini menyediakan 481 program bermula daripada peringkat sijil hinggalah sarjana muda.

"Semua program ini dibahagikan kepada 15 kluster antaranya meliputi sektor keusahawanan, fesyen dan pakaian, pertanian, seni reka dan multimedia kreatif, minyak dan gas serta kejuruteraan awam dan seni bina.

"Kesemua pengkhususan ini memudahkan pelajar untuk mengenal pasti potensi dan kecenderungan masing-masing terutama selepas mengikuti ekspo maya [email protected]," katanya.

Tambah Ramlee, mereka yang berminat boleh menonton video mengenai program dan kursus kemahiran yang ditawarkan selain mendapatkan khidmat nasihat mengenai pekerjaan dalam bidang TVET.

"Orang ramai juga boleh menyertai video kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai cukup lumayan, segeralah menyertainya di portal ekspo," katanya lagi.

Ekspo Pendidikan [email protected] boleh disertai dengan mengunjungi portal e-ekspo Institusi Pendidikan [email protected] Tahun 2020 di https://tvet.rurallink.gov.my yang juga boleh diakses melalui laman web KPLB serta menerusi laman rasmi Facebook KPLB di https://www.facebook.com/kplbofficial/

15 KLUSTER PROGRAM/KURSUS DI [email protected]

1. Keusahawanan/Teknousahawan

2. Fesyen & Pakaian

3. Kecantikan

4. Kulinari/ Pelancongan / Hospitaliti

5. Pertanian

6. Seni Reka & Multimedia Kreatif

7. Pengangkutan & Teknologi Logistik

8. Teknologi Maklumat & Komputer

9. Teknologi

10. Bioteknologi

11. Perubatan & Penjagaan Kesihatan

12. Minyak & Gas

13. Elektrik & Elektronik

14. Kejuruteraan Awam & Seni Bina

15. Mekanikal & Pembuatan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 7:00 AM