Badminton

NST naib juara Kejohanan Badminton Media Allianz

Kuala Lumpur: Pasukan Astro muncul juara dalam Kejohanan Badminton Media Allianz kali kedua di Arena Sukan Sentosa semalam.

Dalam kejohanan yang membabitkan tujuh pasukan itu, Astro muncul juara di pertandingan yang dijalankan secara liga sepusingan dengan mencatat kemenangan dalam kesemua enam perlawanan.

Ia menyaksikan juara bertahan New Straits Times (NST), yang memenangi kejohanan sulung pada 2019, menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga disandang The Star, diikuti China Press, Kosmo dan Sinar Harian.

Kejohanan itu sepatutnya diadakan setiap tahun tetapi ditangguhkan pada 2020 dan 2021 kerana Covid-19.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang dan kesemua enam pasukan media kerana menyertai dan menyokong kejohanan ini.

"Ini adalah kejohanan persahabatan yang bertujuan untuk peminat badminton menikmati sukan ini dan mencari kawan baharu," kata ketua pegawai eksekutif Allianz Malaysia Bhd, Sean Wang.

Disiarkan pada: July 1, 2022 @ 10:02pm
d