Bola Sepak

40,000 penyokong dibenar penuhi stadium

Oleh AFP

London: Aksi separuh akhir dan final Euro 2020 akan berlangsung di depan 40,000 penyokong di Stadium Wembley dengan tenis Wimbledon turut menjadi sebahagian acara perintis pasca Covid-19 di England.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini mengumumkan kelewatan empat minggu keputusan untuk menarik semula sekatan akibat Covid-19 di England yang sepatutnya berakhir 21 Jun berikutan kewujudan varian Delta.

Bagaimanapun aksi separuh akhir dan final di Wembley akan disaksikan sekali ganda jumlah penyokong berbanding ketika England mencatat kemenangan 1-0 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan.

England juga akan bertemu Scotland dan Republik Czech di depan 25 peratus kapasiti penyokong di Stadium Wembley minggu depan.

Bagaimanapun perlawanan terakhir pusingan 16 serta aksi separuh akhir dan final pada bulan depan akan menyaksikan kehadiran jumlah penonton paling ramai di United Kingdom (UK)) sejak 15 bulan lalu.

Wimbledon pula dibenarkan memenuhi 50 peratus kapasiti penonton sepanjang dua minggu kejohanan itu yang terpaksa dibatalkan tahun lalu berikutan penularan Covid-19.

Aksi final wanita pada 10 Julai dan final lelaki sehari selepas itu akan disaksikan seramai 15,000 penonton di Centre Court.

"Kami mahu mengumpulkan bukti mengenai bagaimana kami dapat membuka semua acara besar dengan selamat.

"Dalam tempoh beberapa minggu ini, lebih banyak penyokong dapat menyaksikan saingan Euro dan Wimbledon serta acara kebudayaan dan sukan lain." kata Setiausaha Kebudayaan, Oliver Dowden.

Disiarkan pada: June 15, 2021 @ 9:15am
d