Bola Sepak

Jordan, Uzbekistan uji Harimau Malaya

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya nyata serius dalam menyiapkan pasukan menjelang dua saingan utama iaitu Piala AFF dan Kelayakan Piala Asia 2023 apabila mengatur dua aksi antarabangsa kelas A dengan dua jagoan Asia bulan depan.

Dua pasukan itu adalah pasukan Jordan yang menghuni tangga ke-93 ranking Fifa serta Uzbekistan di kedudukan 84 dunia.

Pengumuman aksi rasmi itu dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini dengan kedua-dua aksi bakal diadakan di Amman, Jordan.

Skuad negara yang berada di ranking ke-154 itu dijadual turun bertemu Jordan pada 6 Oktober diikuti Uzbekistan tiga hari kemudian.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe kini dalam persiapan untuk menghadapi Piala AFF yang bakal berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari depan.

Sementara Kelayakan Piala Asia pula dijangka pada Februari tahun depan dengan misi untuk layak ke pusingan akhir di China pada 2023 nanti.

Disiarkan pada: September 23, 2021 @ 4:38pm
d