Bola Sepak

Salah pemain 'luar biasa' - Simeone

Oleh Agensi

Madrid: Bos Atletico Madrid Diego Simeone menyifatkan Mohamed Salah sebagai pemain 'luar biasa' menjelang perlawanan Liga Juara-Juara berdepan Liverpool awal pagi esok.

Salah menjaringkan gol dalam setiap lapan perlawanan buat skuad Reds, dengan yang terbaru jaringan individu menarik ketika berdepan Watford, Sabtu lalu.

Malah bos Liverpool, Jurgen Klopp turut melabelkan penyerang Mesir itu sebagai antara pemain terbaik dunia.

"Mohamed Salah adalah pemain yang luar biasa," kata Simeone.

"Dia beraksi dengan sangat menakjubkan sejak beberapa tahun lalu bersama Liverpool dan pasukan kebangsaan negaranya."

Bagaimanapun, Simeone berkata bukan hanya Salah yang harus dibimbangi pasukannya malah beberapa pemain lain mampu menghukum pasukannya menjelang aksi kedua-dua pasukan itu.

Liverpool tidak tewas dalam semua kejohanan setakat ini dan berada di kedudukan teratas Kumpulan B saingan Liga Juara-Juara dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan.

Disiarkan pada: October 19, 2021 @ 8:12am
d