Bola Sepak

City sambar penjaga gol Jerman

Oleh AFP

Manchester: Stefan Ortega mengakui impiannya menjadi kenyataan selepas penjaga gol Jerman itu melengkapkan perpindahan ke Manchester City.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontraknya di Arminia Bielefeld tamat dan dijangka akan menjadi pilihan kedua kepada penjaga gol utama, Ederson.

"Ini satu langkah yang hebat untuk saya. Manchester City adalah pasukan yang menakjubkan - skuad dengan kualiti bertaraf dunia di setiap bahagian.

"Diberi peluang menyertai kumpulan pemain ini dan membantu meneruskan kejayaan kelab adalah impian saya," kata Ortega.

Disiarkan pada: July 1, 2022 @ 6:43pm
d