Bola Sepak

Eden Hazard umum persaraan dari bola sepak antarabangsa

Oleh AFP

Doha: Bintang Belgium, Eden Hazard mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa semalam iaitu sehari selepas pasukan negaranya tersingkir daripada Piala Dunia di peringkat kumpulan.

Penyerang Real Madrid berusia, 31 tahun itu membuat pengumuman di media sosial, berkata 'satu muka surat bertukar hari ini.'

"Terima kasih kerana sokongan yang tidak berbelah bagi daripada anda." tulisnya di Instagram.

"Terima kasih kerana semua kegembiraan yang dikongsikan sejak 2008. Saya mengambil keputusan untuk mengakhiri karier antarabangsa saya. Penggantinya sudah bersedia. Saya akan merindui kamu."

Hazard adalah sebahagian daripada pemain yang dilabelkan generasi emas Belgium yang cukup dibanggakan ketika mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pasukan yang semakin meningkat usia itu gagal melepasi pusingan pertama di Qatar, menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Kumpulan F di belakang Maghribi dan Croatia.

Disiarkan pada: December 7, 2022 @ 7:23pm
d