E-Sukan

Moonton perkenal MPL Brazil

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Pembangun e-sukan Mobile Legends:Bang-Bang (Mobile Legends), Moonton memperkenalkan secara rasmi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Brazil baru-baru ini.

Dalam satu pengumuman di Facebook MPL Brazil, mereka menyatakan liga itu kini rasmi dan akan berlangsung tidak lama lagi.

Brazil adalah antara negara yang bertanding di peringkat dunia iaitu M1 dan M2 namun mereka tidak mempunyai liga profesional sendiri ketika itu.

Malah, pasukan Brazil juga dipuji kerana saingan hebat kepada pasukan Asia Tenggara yang sememangnya terhebat dalam permainan.

Semestinya ini akan menjadi satu berita baik kepada komuniti MLBB di sana kerana menyediakan lebih banyak peluang untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Sebelum MPL Brazil diperkenalkan, liga profesional hanya bertumpu kepada negara Asia Tenggara yang mana fokus pasaran adalah peranti pintar.

Sementara itu, Valve dalam kenyataannya baru-baru ini mengumumkan TI10: Dota 2 International di Sweden tahun ini dibatalkan.

"Jangan risau setakat ini yang dibatalkan hanya di Sweden sahaja. Valve dan Stockholm Live and Visit Stockholm sentiasa memberi komunikasi terbaik dengan Valve mengenai apa-apa berita baru," katanya.

Terdahulu, Valve diberitahu pada dua minggu lalu Persekutuan Sukan Sweden sudah mengundi untuk tidak menerima e-sukan masuk ke Sweden.

Disebabkan itu, Valve bertindak untuk menghubungi Kementerian Dalam Negeri Sweden bagi memberi pengiktirafan Kejohanan TI10 – Dota 2 sebagai acara sukan yang elit.

Disiarkan pada: June 30, 2021 @ 8:21pm
d