E-Sukan

PBBM, UiTM anjur SUKANUNVE

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan Kejohanan SUKANUN Virtual Edition (SUKANUNVE) pada 19-22 Ogos ini.

Kejohanan yang akan disertai pelbagai agensi Badan Berkanun Malaysia membabitkan tujuh jenis sukan seperti PUBG, Mobile Legends, CODM, Valorant, FIFA21, PES21 dan MotoGP.

Bagi memberi maklumat awal kepada semua agensi yang akan bertanding, satu taklimat kejohanan diadakan dan dihadiri lebih 28 agensi menerusi dalam talian.

Menurut Setiausaha Kehormat PBBM Mustaza Ahmad, taklimat bertujuan bagi memberi maklumat-maklumat awal kejohanan supaya semua agensi yang bertanding akan mengambil maklum mengenai tarikh-tarikh penting kejohanan, sistem pendaftaran dan peraturan pertandingan.

Disamping itu juga, beliau berkata antara tujuan utama kejohanan ini diadakan bagi memastikan semua agensi yang menganggotai PBBM dapat mengekalkan hubungan silaturahim di antara agensi bertanding.

Ini berikutan dua kejohanan sukan utama PBMM iaitu Karnival Sukan Pantai (SUPANUN) dan Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) tidak dapat dijalankan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu.

Disamping itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada warga kerja agensi badan berkanun kerajaan untuk terus kekal aktif melalui pertandingan ini dalam suasana pandemik yang masih belum reda.

Untuk rekod, kejohanan ini akan disiarkan secara langsung melalui medium YouTube UiTM Sports Channel.

Disiarkan pada: July 6, 2021 @ 8:28pm
d