E-Sukan

Haikal huni ranking pertama e-Football dunia

Oleh Zulkarnain Azman

Kuala Lumpur: Pemain e-Football Malaysia, Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh yang mewakili pasukan bola sepak tempatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) kini berada di ranking pertama dunia bagi sukan itu.

Perkembangan itu dikongsikan sendiri JDT GBX Esports yang memaklumkan pemain itu telah berjaya mengumpul 1,540 mata sambil diikuti rapat pesaingnya dari Brazil, Senegal dan Jepun.

"Pemain eFootball JDT GBX, Mohd Norhaikal kini menduduki tangga pertama di dunia dengan kumpulan mata sebanyak 1,540. Siapa sangka, anak muda dari Johor ini memiliki bakat yang sangat luar biasa.

"Tahniah diucapkan dan semoga Haikal terus maju dan sukses dalam bidang yang diceburi! Luaskan Kuasamu Johor," katanya.

Untuk rekod, Nor Haikal bukanlah nama asing dalam sukan e-Football apabila sebelum ini pernah mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas Kejohanan E-Sukan Komanwel.

Haikal selepas ini dijangka akan menyertai pusingan kelayakan kejohanan dunia pada 30 Januari ini yang mana pada edisi lalu dia sekadar menamatkan saingan di pusingan kedua.

Disiarkan pada: January 15, 2023 @ 12:58pm
d