Hoki

Pemain hoki dapat RM1,000 seorang

Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menyuntik semangat kepada keseluruhan barisan skuad kebangsaan lelaki dan wanita dengan mengumumkan sumbangan RM1,000 yang akan diberikan kepada setiap seorang bagi membantu meringankan kepayahan dihadapi dalam musim Covid-19.

Menurut MHC dalam satu kenyataan hari ini, sumbangan berkenaan diumumkan ketika Subahan mengadakan satu perjumpaan secara dalam talian bersama kedua-dua skuad berkenaan.

"Dalam perjumpaan yang turut membabitkan barisan jurulatih dan pengurus pasukan itu, Subahan memberikan kata-kata semangat kepada seluruh barisan skuad kebangsaan untuk tabah menghadapi dugaan Covid-19 yang melanda negara," jelas MHC.

Ujar MHC, pemain juga diminta untuk terus mengikuti semua sesi latihan yang dirangka oleh barisan jurulatih di kediaman masing-masing dan terus memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa terbaik.

Turut terbabit dalam perjumpaan dalam talian itu ialah Timbalan Presiden MHC, Datuk Dr S Shamala dan Jadadish Chandra, serta barisan Ahli Lembaga Eksekutif MHC.

Dalam perjumpaan yang turut membabitkan barisan jurulatih dan pengurus pasukan itu, Presiden KHM telah memberikan kata-kata semangat kepada seluruh barisan skuad kebangsaan untuk tabah menghadapi dugaan Covid-19 yang melanda negara.

Disiarkan pada: July 14, 2021 @ 8:24pm
d