Hoki

Pukul bola, bukan kepala [VIDEO]

Oleh Agensi

Tokyo: Suasana bertukar panas dalam aksi peringkat kumpulan hoki lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 antara Argentina dan Sepanyol yang berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Ketika di hujung saingan pemain Argentina, Lucas Rossi meluru ke arah David Alegre yang sedang mendapatkan rawatan akibat kekejangan kaki.

Bagaimanapun, Rossi secara tidak sengaja tertunjal kepala Alegre dengan kayu hoki sekali gus mewujudkan suasana tegang membabitkan pemain kedua-dua pasukan.

Insiden itu menyaksikan kedua-dua pemain saling berperang mulut dan Rossi serta Alegre terpaksa ditenteramkan oleh rakan sepasukannya kerana saling menjerit ke arah satu sama lain.

Rossi masih lagi berada dalam keadaan tidak berpuas hati sehingga ke bilik persalinan menyaksikan pegawai kedua-dua pasukan terpaksa menenangkannya.

Walaupun aksi kedua-dua pasukan berlangsung panas selepas kedua-duanya bertutur bahasa Sepanyol, namun tindakan pemain Argentina membantu Alegre yang kekejangan kaki harus diberi pujian.

Dalam perlawanan itu Argentina membuka jaringan melalui gol padang 26 Agustin Mazzilli pada minit ke-23, sebelum Pau Quemada menyempurnakan pukulan sudut penalti lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Disiarkan pada: July 24, 2021 @ 10:24pm
d