Hoki

Malaysian Tigers, Perancis sama kuat

Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Skuad hoki senior negara menamatkan aksi perlawanan persahabatan yang kesembilan bertemu Perancis dengan keputusan seri 1-1, hari ini.

Muhammad Marhan Mohd Jalil muncul penyelamat buat skuad negara apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-56 menerusi gol padang di Wales Hockey Centre selepas Perancis menjaringkan gol minit ke-52.

Kapten Pasukan, Marhan Jalil melihat masih terdapat beberapa perkara yang boleh dibaiki olehnya dan rakan sepasukan.

"Bagi saya untuk keputusan hari ini, ia masih boleh diperbaiki walaupun kami seri 1-1. Kami bermula dengan perlahan tetapi di suku ketiga dan keempat kami meningkatkan tempoh perlawanan.

"Apa yang akan kami cuba lakukan untuk perlawanan akan datang, kami akan terus memperbaiki kelemahan-kelemahan dan mencari kemenangan pada perlawanan itu.

"Kami meletakkan satu penanda aras di mana setiap perlawanan yang kami turun adalah untuk menang," jelas Marhan.

Disiarkan pada: October 15, 2021 @ 11:40pm
d