Sukan Lain

Ngannou idam uji tumbukan Mike Tyson

Oleh Agensi

Las Vegas: Juara UFC, Francis Ngannou menamakan legenda tinju heavyweight Muhammad Ali dan Mike Tyson sebagai dua pertarungan impiannya.

Ngannou berpendapat dua jaguh tinju itu mempunyai kekuatan tersendiri dan sukar ditandingi jaguh tinju lain.

Katanya: "Saya fikir saya menyenaraikan Muhammad Ali dan Mike Tyson." apabila ditanya mengenai pertarungan impiannya.

Ngannou bermula dalam karier tinju pada usia 22 tahun sebelum dia berpindah ke Perancis.

Tetapi dia beralih menyertai seni bela diri campuran (MMA) kerana ia lebih mudah mencari gandingan lawan dan pada 2013 atlet dari Cameroon itu melakukan penampilan pertama di gelanggang.

Selepas enam tahun terbabit dalam 13 pertarungan sepanjang karier UFC, Ngannou, 35, memenangi kejuaraan dengan mengatasi Stipe Miocic, 39, lawan yang pernah menewaskannya pada 2018.

Namun dia memberi bayangan untuk beralih kepada tinju untuk bertarung dengan idolanya seperti Tyson Fury, 33, Anthony Joshua, 32, dan Dillian Whyte, 33.

Disiarkan pada: October 18, 2021 @ 3:06pm
d