Sukan Lain

Nadal teruskan kemaraan di Wimbledon

Oleh AFP

London: Rafael Nadal sekali lagi berjaya bangkit di pertengahan perlawanan sebelum berjaya menewaskan pemain Lithuania, Ricardas Berankis dalam pertarungan empat set pada pusingan ketiga Wimbledon.

Juara dua kali itu, menang 6-4, 6-4, 4-6, 6-3 menewaskan lawan di ranking ke-106 dunia.

Pemain Sepanyol yang dalam usaha untuk menambah gelaran Wimbledon selepas menang di Australia dan Terbuka Perancis selepas ini akan bertemu Lorenzo Sonego untuk penentuan 16 terbaik.

"Setiap hari adalah satu cabaran," kata Nadal yang kembali beraksi di Wimbledon sejak mara ke separuh akhir pada 2019.

"Setiap hari adalah untuk menjadi bertambah baik dan saya perlu menjadi lebih baik.

Pemain berusia 36 tahun itu mengawal perlawanan menentang Berankis namun tewas di set ketiga, sama seperti ketika dia berdepan perlawanan pada aksi pembukaan bertemu Francisco Cerundolo.

Sementara itu pemain Poland Swiatek memerlukan lebih dua jam untuk mengatasi pemain Belanda Lesley Pattinama Kerkhove 6-4, 4-6, 6-3.

Dia mengatasi rekod kemenangan 36 perlawanan berturut-turut Monica Seles pada tahun 1990 dan menyamai rekod deretan 37 kemenangan Martina Hingis pada awal musim 1997

Disiarkan pada: July 1, 2022 @ 9:44am
d