Sukan Lain

Sivakov juara keseluruhan Tour de Burgos

Oleh AFP

Madrid: Pavel Sivakov memanaskan badan untuk perlumbaan Vuelta Espana dengan merangkul kejuaraan keseluruhan Tour de Burgos, manakala Joao Almeida meraih kemenangan perlumbaan peringkat terakhir di Laguna de Neila.

Ia adalah kejayaan ketiga buat pelumba berusia 25 tahun itu dalam perlumbaan peringkat selepas berjaya menawan Tour Alps dan Tour Poland pada 2019.

Ini juga kemenangan pertama Sivakov, yang sebelum ini beraksi selaku pelumba Russia, sebelum membuat pertukaran menjadi pelumba Perancis Mac lalu berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Dia yang mewakili Ineos Grenadiers, dilahirkan di Itali tetapi menetap di Perancis sejak berusia setahun dan memegang pasport Russia serta Perancis.

"Saya sangat gembira. Saya tidak sangka akan muncul juara, walaupun saya sedar berada pada kondisi terbaik.

"Sudah lama saya tidak memenangi perlumbaan, jadi bagi saya ia sangat memuaskan dan memberi saya keyakinan. Saya sangat memerlukan kejuaraan ini," katanya.

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 9:38am
d