Sukan Lain

Jackie tamat saingan di tempat tercorot

Oleh Daripada Amirullah Andi Nur

Birmingham: Atlet olahraga negara, Jackie Wong Siew Cheer menduduki tempat terakhir final acara baling tukul besi pada Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini.

Dalam saingan final di Stadium Alexander dan disertai 14 peserta itu, dia hanya mampu mencatatkan balingan sejauh 61.40 meter (m).

Jackie layak ke final sebelum ini tanpa perlu melalui pusingan kelayakan.

Rekod balingan terbaik beliau yang juga rekod kebangsaan adalah 68.22m yang dilakar pada 2019.

Pingat emas acara ini dimenangi atlet England, Nick Miller yang mencatatkan balingan sejauh 76.43m manakala perak milik Ethan Katzberg dari Kanada dengan catatan 76.36m.

Gangsa pula berpihak kepada atlet Cyprus, Alexandros Poursanidis dengan balingan sejauh 73.97m.

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 9:48am
d