Sukan Lain

Waspada ancaman Brazil

Oleh Reuters

Doha: Lawan Croatia di suku akhir Piala Dunia mempunyai kualiti dan boleh menyenaraikan dua pasukan kesebelasan utama dalam kejohanan tetapi sebalik rasa hormat negara Balkan itu boleh beraksi lebih baik dari sebelum ini kata pertahanan Dejan Lovren dan pemain tengah, Mateo Kovacic.

Finalis Piala Dunia 2018, mensasarkan untuk melakukan penampilan dua separuh akhir berturut-turut, berdepan cabaran berat dengan pasukan pilihan kejohanan, Brazil mengesahkan status dengan kemenangan bergaya 4-1 sekali gus penyingkiran Korea Selatan dari kelompok 16 terbaik.

"Brazil adalah pasukan pilihan sebelum kejohanan. Mereka mempunyai dua pasukan yang boleh bermain pada tahap ini," kata Lovren.

"Mana-mana pemain simpanan mereka boleh beraksi dan memberikan impak segera. Kami menghormati semua orang dan begitulah cara kami bekerja."

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan Brazil sangat merbahaya, dan mereka berdepan tugas sukar untuk ke kelompok lapan terbaik, mencatat kemenangan ke atas Jepun selepas aksi 120 minit berakhir seri 1-1, namun kecergasan tidak berdepan isu.

"Kami menunjukkan kami berada dalam fizikal yang baik. Kami bekerja keras ketika perlawanan Piala Dunia. Pasukan Jepun sangat berdisiplin dan sukar mengatasi mereka.

Begitupun kami menunjukkan kecergasan fizikal dan saya percaya kami boleh beraksi lebih baik," kata Kovacic.

Disiarkan pada: December 8, 2022 @ 1:46am
d