Sukan Lain

'Duyung cilik' atlet termuda negara

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Baru mencecah usia 11 tahun, namun Zara Aleesya Mohamad Suadi terpaksa bersaing bersama atlet dewasa apabila turun beraksi dalam acara finswimming pada Sukan Sea 2023 di Phnom Penh, Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.

Dengan gaya renang menggunakan fin atau sirip bagaikan 'duyung cilik', Zara dihantar ke kelas renang seawal usia enam tahun kerana ibu bapanya, Mohamad Suadi Samsuddin dan Haslinda Haron mahu anak tunggal mereka itu mempunyai aktiviti lebih bermanfaat selain mengelak daripada terjebak dengan gajet.

Namun, siapa sangka pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 Melaka itu, bakal menjadi atlet termuda Malaysia untuk Sukan Sea kali ini setelah menceburi finswimming sejak awal tahun ini.

'Duyung cilik' itu mengakui dia mencintai sukan renang kerana gemar dan seronok bermain air.

" Zara teruja untuk pergi ke Sukan Sea, tapi sedikit gementar kerana masih muda. Memang gementar lawan orang dewasa, tapi dah sampai ke tahap ini takkan nak patah balik, jadi Zara akan buat yang terbaik.

"Ia jadi lebih mencabar apabila dapat tahu Zara akan lawan orang dewasa, harap Zara mampu capai sasaran yang ditetapkan. Pada mulanya agak sukar dengan jadual pembelajaran dan latihan renang yang ketat, tetapi kini sudah jadi biasa dan tidak sukar untuk menguruskan masa," katanya.

Dia turut teruja untuk menaiki kapal terbang dan pergi ke luar negara buat kali pertama sekali gus melihat persekitaran yang berbeza serta suasana temasya yang dipenuhi atlet dari 11 negara Asia Tenggara.

Zara dipilih mewakili negara bagi acara 4x100 meter (m) dan 4x50m Surface berganti-ganti, selepas meraih lima pingat emas dan satu perak pada Kejohanan Finswimming Malaysia 2023 di Seremban awal tahun ini dengan catatan masa keempat terpantas bagi acara itu. mendapat kelulusan World Underwater Federation (CMAS) dari Ukraine bagi kegunaan latihan dan kejohanan rasmi, meskipun terpaksa berbelanja hingga RM6,000.

"Dia berada dalam pasukan kebangsaan kerana prestasinya. Kami harap dia dapat berdikari ketika Sukan SEA nanti dan memberi sumbangan kepada pasukan Malaysia.

"Tiada pembangunan untuk sukan olahraga di Melaka, yang ada cuma renang dan gimrama. Jadi, kami hantar Zara menyertai sukan renang kerana ada kelab dan jurulatih khas untuk kanak-kanak, kami buat keputusan untuk latih dia dari segi ketahanan, disiplin dan padatkan jadual dia dengan aktiviti berfaedah," jelasnya.

Disiarkan pada: March 23, 2023 @ 5:43pm
d