Sukan Lain

Omanyala harap hampiri rekod dunia

Oleh AFP

Nairobi: Jaguh pecut Kenya, Ferdinand Omanyala berkata dia mensasarkan untuk mencatat masa 9.6 saat (s) dalam saingan 100 meter (m) musim ini menjelang Kejohanan Dunia di Budapest Ogos depan.

Pemegang rekod Afrika dan juara Komanwel berusia 27 tahun itu mahu menghampiri rekod dunia yang dicatatkan Usain Bolt, 9.58s.

Omanyala mencatat rekod 100m Afrika pada September 2021 apabila dia mencatat masa 9.77s dalam kejohanan di Nairobi.

Dia memberitahu AFP semasa sesi latihan di sebuah stadium di ibu negara Kenya bahawa dia merancang untuk melancarkan percubaan rekodnya di Afrika Selatan awal bulan depan.

Omanyala akan mengambil bahagian dalam tiga kejohanan bermula di Pretoria pada 12 April, bersama dua rakan latihan baharunya, Henricho Bruintjies dari Afrika Selatan dan Sharry Dodin dari Seychelles.

Selepas mencecah 9.94s, 9.86s dan 9.81s dalam dua hari pada kejohanan trek dan padang Kenya Februari lalu, Omanyala yang juga seorang pegawai polis Kenya itu berkata dia percaya dia boleh mencapai sasaran cita-cita tingginya.

"Saya memulakan musim dengan baik dengan tiga kali catatan pantas. Saya yakin saya akan berlari 9.6s sebelum kejohanan dunia," kata Omanyala.

"Saya berhasrat untuk mencapai sasaran sama ada di Afrika Selatan, di Kip Keino klasik di Nairobi pada 13 Mei, atau di Budapest, untuk menebus kekecewaan kehilangan pingat pada kejohanan dunia terakhir di Eugene, Oregon."

Disiarkan pada: March 24, 2023 @ 1:44pm
d