Permotoran

FIA tolak permintaan Red Bull

Oleh AFP

Silverstone: Permohonan Red Bull meminta agar hukuman yang dikenakan terhadap pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dinilai semula gagal, selepas pelanggaran berkenaan menyebabkan Max Verstappen terkeluar dari perlumbaan Grand Prix (GP) British.

Penyandang juara itu dikenakan penalti 10 saat selepas insiden pusingan pertama yang menyebabkan Verstappen gagal meneruskan perlumbaan.

Hamilton muncul juara dalam perlumbaan di Silverston itu dan merapatkan jurang lapan mata dengan pemandu kelahiran Belanda sebelum kedua-duanya menyambung permusuhan di Grand Prix (GP) Hungary hujung minggu ini.

Ketika Hamilton meraikan kejayaan, Verstappen pula terpaksa dikejarkan ke hospital.

Semalam, Persekutuan Automobil Antarangsa (FIA) berkata, Red Bull tidak menyediakan sebarang bukti baru yang penting dan relevan yang mungkin membenarkan keputusan hukuman dinilai semula.

Selepas permintaan Red Bull, kedua-dua pasukan dipanggil untuk berjumpa stewards.

Red Bull mengemukakan data GPS untuk membuktikan Hamilton perlu dikenakan hukuman lebih berat ketika memintas di selekoh sembilan.

Bagaimanapun, ia tidak cukup untuk mengenakan tindakan lebih berat terhadap bitang Britain itu yang memburu kemenangan ke-100 Ahad ini.

Disiarkan pada: July 30, 2021 @ 9:59am
d