Permotoran

Jentera Mercedes tak serasi dengan Hamilton

Oleh AFP

Jeddah: Lewis Hamilton berkata, dia tidak 'berasa berhubung' dengan jentera Mercedes selepas prestasi kurang memberangsangkan ketika sisi kelayakan Grand Prix Arab Saudi.

Juara dunia tujuh kali itu sekadar menduduki tempat kelapan manakala rakan sepasukan George Russell di kedudukan keempat, akan berada di grid selepas pelumba Ferrari, Charles Leclerc berdepan penalti dan bermula di grid ke-10.

"Saya bergelut untuk mempertingkatkan prestasi," kata Hamilton yang mengadu mengenai jentera W14 musim ini dan menjadi topik perbualan minggu ini.

"Kereta itu seperti yang sepatutnya. Maksud saya, George melakukan kerja yang hebat, dia berada di baris kedua. Jadi, kereta itu jelas sebenarnya mempunyai prestasi.

"Tapi saya tak rasa berhubung dengan jentera ini. Tidak kira apa yang saya lakukan, tidak kira apa yang saya ubah, saya tidak yakin dengannya.

"Pada masa ini, saya rasa saya tidak dapat keluar lagi dari kereta."

Sementara itu Russell mengakui bahawa dia menjangkakan juara dunia Red Bull, Max Verstappen berdepan kesukaran untuk menjuarai perlumbaan apabila akan bermula dari petak ke-15 di grid, selepas tersingkir pada sesi kelayakan kedua kerana berdepan masalah dengan jenteranya.

Disiarkan pada: March 19, 2023 @ 11:52am
d