Permotoran

FIA siasat kekecohan menimpa Alonso

Oleh AFP

Paris: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mahu menjelaskan masalah yang berlaku di Grand Prix (GP) Arab Saudi, Ahad lalu apabila hukuman penalti ke atas Fernando Alonso di hujung perlumbaan itu ditarik balik.

Pemandu Sepanyol itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan jentera Aston Martin, tetapi dikenakan penalti 10 saat menyebabkan dia menduduki tempat keempat, sebelum rayuan dibuat dan dia kembali diberikan tempat ketiga.

Formula Satu (F1) memuat naik mesej daripada jurucakap FIA yang menyatakan pegawai perlumbaan berdepan 'konflik keutamaan' mengenai tugasan bersama kerana dan memberikan penalti di pit.

Mesej itu menyatakan topik berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa FIA pada 23 Mac dan berjanji akan membuat penjelasan mengenai isu itu sebelum GP Australia di Melbourne pada 2 April.

Alonso sebelum itu dikenakan hukuman kerana tidak bermula di tempat sepatutnya di petak permulaan.

Dia cuba menjalani penalti lima saat ketika berhenti di pit, tetapi mekanik membenarkan penual menyentuh keretanya.

Selepas perlumbaan tamat dan Alonso duduk di podium dan menjalani temu ramah, seorang pegawai perlumbaan akhirnya menyatakan pasukan itu sedang menyiasat situasi membabitkan kereta Alonso ketika hukuman penalti itu.

Pasukan pegawai itu kemudian mengenakan penalti 10 saat menyaksikan Alonso jatuh ke tempat keempat di belakang George Russell.

Aston Martin kemudian membuat rayuan dan menyertakan rakaman video menunjukkan pencabar lain turut melakukan perkara sama sebelum ini dan tidak dikenakan hukuman.

Disiarkan pada: March 21, 2023 @ 8:53am
d