bisnes

Kedai Ayamas perkenal Ayam Panggang Masala

Kuala Lumpur: Sempena sambutan perayaan Diwali yang akan tiba, buat pertama kalinya Kedai Ayamas muncul dengan resipi Ayam Panggang Masala untuk dinikmati oleh setiap lapisan rakyat Malaysia.

Diinspirasikan sempena sambutan Diwali, Kedai Ayamas berharap resipi terbaharu ini akan menambahkan keceriaan dan mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam meraikan perayaan Diwali pada tahun ini.

Ayam Panggang Masala menampilkan rasa rempah-ratus, pedas dan lemak manis.

Ia dihasilkan dari pilihan rempah-ratus istimewa dan diadun untuk menghasilkan rasa manis kepedasan yang pastinya memikat selera.

Bagi memastikan hidangan Ayam Panggang Masala ini menepati cita rasa rakyat Malaysia, ia dilengkapi aroma memukau nasi berempah dan acar istimewa dari Kedai Ayamas.

Pengarah Eksekutif Ayamas Shoppe Sdn Bhd, Abd Rahman Md Dawi berkata, pihaknya berharap resipi istimewa ini akan mendapat sambutan dari rakyat Malaysia yang ingin mencuba Ayam Panggang Masala terbaharu Kedai Ayamas.

"Alhamdulillah dengan kebenaran rentas negeri yang dibenarkan oleh kerajaan, sambutan Diwali kali ini pastinya akan lebih meriah dan kami di Kedai Ayamas amat teruja kerana buat julung kalinya memperkenalkan menu baharu berinspirasikan tema ini.

"Dengan slogan 'Kesempurnaan Cita Rasa Rempah-Ratus Istimewa' ayam panggang Masala ini pastinya memberikan satu kelainan kepada penggemar ayam panggang. Dihasilkan melalui resipi tersendiri Kedai Ayamas, kami yakin keenakan rasa Ayam Panggang Masala ini pastinya akan mengamit selera seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Ayam Panggang Masala ini ditawarkan pada harga antara RM9.90 hingga RM30.90.

Untuk set hidangan lengkap, pelanggan boleh memilih di antara tiga pilihan set Kombo yang disediakan.

Set Kombo A untuk seorang pada harga RM16.90, Set Kombo B untuk dua orang (RM31.90) dan Set Kombo C untuk empat orang (RM56.90).

Setiap set Kombo dilengkapi Ayam Panggang Masala, nasi berempah, acar dan pilihan minuman berkarbonat.

Pelanggan juga boleh mendapatkan Ayam Panggang Masala terbaharu ini melalui perkhidmatan penghantaran seperti Grabfood, Foodpanda dan Shopeefood.

Produk ini dilancarkan untuk tempoh terhad dan selagi stok masih ada.

Oleh itu, pastikan anda tidak telepas peluang untuk menikmati resipi istemewa Ayam Panggang Masala ini di Kedai Ayamas berdekatan anda.

Promosi bermula dari 18 Oktober sehingga 14 November 2021 di seluruh rantaian Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express.

Kini terdapat 68 Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, menurutnya pihak syarikat Ayamas Shoppe Sdn Bhd merancang untuk membuka lebih banyak cawangan dalam tempoh tiga tahun melalui program francais Kedai Ayamas.

Ayamas Shoppe Sdn Bhd adalah pemilik jenama dan pengendali outlet Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express.

Disiarkan pada: October 18, 2021 @ 10:42am
d