bisnes

DK-MY Properties anjur acara rapatkan hubungan komuniti

Kuala Lumpur: Pemaju hartanah tempatan, DK-MY Properties Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan Hari Penghargaan Pembeli buat pembeli DK Impian bersama dengan keluarga dan rakan-rakan mereka yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

Sempena Piala Dunia FIFA 2022, Hari Penghargaan Pembeli yang bertemakan 'Football Fever Fiesta' ini dihadiri lebih 500 orang pengunjung.

Susulan pelancaran DK Impian pada tahun 2018, pemaju hartanah itu berharap untuk memupuk hubungan erat antara penduduknya. Selaras dengan misi mereka untuk mengutamakan pelanggan, DK-MY Properties mengambil peluang ini untuk mendekati para pelanggan sambil menggalakkan para penduduk untuk memupuk hubungan positif dan semangat kemasyarakatan.

Pengarah Urusan DK-MY Properties, Danny Koek berkata, penduduk bandar kini tidak lagi terlibat dalam komuniti tempatan seperti dahulu, yang menyebabkan mereka kurang mengenali jiran tetangga.

"Kami memahami kepentingan komunikasi yang baik antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan, serta sesama penduduk demi mewujudan nilai perpaduan.

"Penduduk boleh mengenali antara satu sama lain, mengeratkan hubungan sosial dan meningkatkan semangat perpaduan sesama jiran melalui aktiviti-aktiviti sosial.

"Selain itu, komunikasi yang baik juga penting untuk memupuk hubungan harmoni disamping mencegah konflik sesama sendiri.

"Oleh sebab itu, kami percaya bahawa pembinaan komuniti yang harmoni memerlukan kerjasama kedua-dua pihak, iaitu antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan," katanya dalam kenyataan.

Acara yang penuh keseronokan itu termasuk stesen permainan yang mendebarkan dan menarik seperti kejohanan mini FIFA, teka pemenang Piala Dunia 2022, ujian reaksi, dan radar pelampung.

Sembilan pemain juga memenangi kerusi permainan dan beberapa barangan kulit dan hadiah lain yang dimenangi yang ditaja oleh DK-Schweizer bagi pembeli DK Impian.

DK Impian menawarkan kehidupan mampu milik tanpa menjejaskan penyediaan kemudahan yang dilengkapi dengan ciri Internet Pelbagai Benda (IoT) seperti pencahayaan pintar.

Perkhidmatan tambah nilai ini menampilkan SAMA+, perkhidmatan concierge gaya hidup eksklusif di bawah DK-MY Properties yang menumpukan pada 3C: connection (penyambungan), community (komuniti) and convenience (kemudahan), dan ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan.

SAMA+ selaras dengan misi untuk menggalakkan perpaduan komuniti.

Dengan jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM285 juta, projek pegangan pajak seluas 2.4 ekar ini menawarkan sejumlah 658 unit SoHo yang disertakan bersama lebih 30 kemudahan yang kini dalam pembangunan termasuk jakuzi, kolam renang, dek langit, dan taman buaian untuk dinikmati penduduknya.

Terletak di Seksyen U5, Shah Alam, pembangunan urban ini terletak secara strategik berhampiran lebuh raya utama dan ia mudah diakses melalui Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Guthrie (GCE) dengan kemudahan stesen MRT dan KTM berhampiran.

Disiarkan pada: December 7, 2022 @ 4:26pm
d