Afrika

Lelaki mengaku rogol, bunuh lima kanak-kanak

Oleh AFP

Nairobi: Pembunuh dan perogol lima kanak-kanak perempuan di Kenya akhirnya ditahan polis negara itu.

Polis Kenya pada Sabtu memaklumkan, suspek, Evans Juma Wanjala mengaku melakukan perbuatan kejam itu terhadap mangsa berusia 10 hingga 15 tahun.

Penahan berkenaan dianggap sebagai 'kejayaan besar' berikutan beberapa gangguan terhadap kanak-kanak yang menimbulkan kemarahan dan tunjuk perasaan.

Dalam kes terbaharu, polis mengatakan Wanjala melakukan 'misi ngeri' apabila mayat mangsa ditemukan reput di kawasan terpencil di barat Kenya.

Suspek yang diburu boleh itu didakwa merogol dua kanak-kanak bawah umur selain menculik, menyerang dan mencekik lima gadis itu dalam tempoh 18 bulan.

"Suspek pedofilia itu membawa pasukan penyiasat ke lokasi kejadian pembunuhan dilakukannya," kata Direktorat Siasatan Jenayah menerusi Twitter.

rogol, bunuh, kanak-kanak, pedofilia, Evans Juma Wanjala, nairobi, kenya, afrika, xnstp

Disiarkan pada: July 18, 2021 @ 10:06am
d