Afrika

Afrika Selatan tak luluskan Sputnik V

Oleh AFP

Cape Town: Pihak berkuasa kesihatan Afrika Selatan tidak meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Sputnik V, keluaran Rusia kerana ia dibimbangi boleh meningkatkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kajian sebelumnya yang menguji keselamatan adenovirus yang diubah suai iaitu sejenis virus dikenali sebagai Ad5 yang menyebabkan jangkitan pernafasan, lapor AFP.

Ad5 dan terkandung dalam vaksin berkenaan.

"Penggunaan vaksin Sputnik V di Afrika Selatan, penyebaran HIV yang tinggi dapat meningkatkan risiko lelaki yang divaksinasi mendapat HIV," kata Lembaga Kawal Selia Produk Kesihatan Afrika Selatan (SAHPRA), dalam satu kenyataan.

Katanya, syarikat berkaitan vaksin Sputnik V di Afrika Selatan tidak mempunyai bukti bahawa formula itu akan selamat dalam situasi penyebaran HIV yang tinggi.

Selain Covid-19, negara itu juga mempunyai jumlah penghidap HIV tertinggi di dunia.

Lebih daripada satu perempat dari 40 juta penduduk disasarkan untuk vaksinasi pada awal 2022, namun hingga kini ia masih belum selesai.

Afrika Selatan dijadualkan untuk memvaksinasi anak-anak seawal usia 12 tahun minggu ini dan menawarkan suntikan penggalak kepada individu tertentu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 19, 2021 @ 10:20am
    d