Afrika

Maghribi haramkan tayangan filem kontroversi

Oleh AFP

Rabat: Maghribi mengharamkan tayangan filem kontroversi Britain mengenai kisah anak perempuan Nabi Muhammad.

Pusat Sinematografi Maghribi (CCM) berkata, filem The Lady of Heaven tidak akan menerima lesen tayangan di negara itu.

Keputusan CCM melarang filem arahan Eli King ditayangkan sama ada atas dasar komersial atau budaya di negara itu.

Ia filem pertama mengenai kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Fatimah dan menarik hubungan antara kumpulan Negara Islam pada abad ke-21 dan tokoh sejarah Islam.

Keputusan CCM dibuat beberapa jam selepas Majlis Tertinggi Ulama Maghribi dan pihak berkuasa agama tertinggi kerajaan mengecam filem itu dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kenyataan itu, mereka berkata, filem itu adalah pemalsuan terang-terangan terhadap fakta sejarah Islam sebenar.

Filem itu dikeluarkan di Britain pada 3 Jun tetapi selepas protes di luar pawagam, rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia, Cineworld terpaksa membatalkan semua tayangan.

Mesir, Pakistan, Iran dan Iraq adalah antara negara yang mengecam tayangan filem itu yang disifatkan menghina Islam.

Disiarkan pada: June 12, 2022 @ 9:46am
d