Amerika Selatan

Bakat terpendam melukis guna kaki

Oleh Agensi

Mexico City: Seorang pelukis memukau peminatnya selepas berkongsi beberapa siri potret selebriti yang dilukis menggunakan kaki, lebih baik berbanding lukisan dihasilkan dengan tangan.

Mirror melaporkan Rene Vignola memutuskan untuk mencuba teknik yang berbeza dan terjumpa bakat terpendam yang luar biasa untuk melukis menggunakan kaki, yang disebut sebagai PataDibujos dalam bahasa Sepanyol, bermaksud 'lukisan kaki'.

Dalam satu siri video memukau yang dikongsi melalui TikTok, lelaki berusia 21 tahun itu dilihat menggenggam pen dengan mahir di antara ibu jari kaki dan kedua-dua kakinya, sebelum melukis gambar beberapa selebriti terkenal.

Dia sebelum ini menghasilkan potret Glastonbury, Billie Eilish, penyanyi rap Kanye West serta pelakon Will Smith dan bintang pop Ariana Grande.

"Saya sentiasa berminat dengan sesuatu berkaitan seni. Saya menemui kemahiran baru ini dalam usaha keluar dari konvensional.

"Saya memutuskan untuk mencuba cabaran artistik baharu untuk diri saya sendiri," kata pemuda itu.

Disiarkan pada: June 20, 2022 @ 7:01am
d