Amerika Selatan

Bersuamikan patung kain

Oleh Agensi

Brasilia: Seorang wanita di Brazil yang bosan setiap kali ditanya mengenai jodoh nekad berkahwin dengan patung kain.

Lebih mengejutkan, Meirivone Rocha Moraes, 37, mengakui memiliki anak dengan 'pasangannya'.

Bagi menghiburkan hati Moraes, ibu wanita itu kemudian menjahit patung kain yang diberi nama Marcelo.

"Ketika ibu saya membuat Marcelo dan pertama kali memperkenalkan saya kepadanya, saya jatuh cinta.

"Itu adalah cinta pandangan pertama," kata Moraes kepada Need To Know Online.

Menurutnya, dia sering menghadiri majlis tari menari namun masih tidak dapat bertemu pasangan yang sesuai.

Pasangan itu juga dikatakan bernikah seperti pasangan lain dan perkahwinan juga didaftarkan secara rasmi.

Moraes mengakui hari pernikahannya adalah hari yang indah dan beremosi.

Pasangan itu menjemput 250 tetamu di hari pernikahan mereka sebelum berbulan madu selama seminggu di Rio de Janeiro.

Mengejutkan juga apabila Moraes 'melahirkan' anaknya hanya dalam 35 minit dengan bantuan seorang doktor dan jururawat.

"Kami tidak bertengkar dan berdebat kerana Marcelo adalah suami yang hebat dan setia," katanya.

Disiarkan pada: June 24, 2022 @ 7:00am
d