Amerika Selatan

Bekas ratu cantik maut selepas pembedahan

Oleh Agensi

Brasilia: Bekas Ratu Cantik Brazil, Gleycy Correia meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas mengalami pendarahan otak dan serangan jantung susulan pembedahan untuk membuang tonsilnya.

Portal Independent melaporkan Correia yang dinobatkan sebagai Miss United Continents Brazil pada 2018, meninggal dunia di sebuah klinik swasta pada Isnin lalu, selepas koma sejak dua bulan lalu.

Dia pada mulanya menjalani pembedahan untuk membuang tonsilnya, tetapi mengalami pendarahan yang banyak beberapa hari kemudian, sebelum diserang sakit jantung pada 4 April lalu.

Mayat Correia juga dihantar untuk bedah siasat.

"Kami amat sedih dengan kehilangan ini.

"Dia seorang wanita yang luar biasa dan sangat disayangi oleh semua orang.

"Tidak mudah untuk hidup tanpa senyuman dan sinarnya," kata paderi keluarga, Lidiane Alves kepada The Washington Post.

Correia adah seorang model, jurusolek dan pempengaruh dengan lebih 56,000 pengikut di Instagram.

Dia dilahirkan di Macae, sebuah bandar yang terletak 193 kilometer di timur laut Rio de Janeiro.

Gadis itu bekerja sejak kecil dan pernah bekerja di salun kecantikan dekat kawasan perumahannya.

Disiarkan pada: June 26, 2022 @ 7:00am
d