Amerika Utara

Ibu biar anak 12 tahun dinoda ditahan

Oleh Agensi

Washington: Seorang ibu ditahan selepas membiarkan anaknya berusia 12 tahun diperkosa lelaki lebih dewasa di Oklahoma, baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, Desiree Castaneda mengetahui hubungan antara anaknya itu dan Juan Miranda-Jara. 24, sehingga kanak-kanak itu melahirkan bayi.

Ibu berusia 33 tahun itu juga menganjurkan majlis meraikan anaknya yang bakal bergelar ibu (baby shower).

Majlis itu turut dihadiri mangsa dan lelaki berkenaan.

Tindakan Castaneda terbongkar selepas anak dan teman lelakinya pergi ke hospital ketika kanak-kanak itu mahu melahirkan bayi.

Kakitangan hospital yang menyedari sesuatu tidak kena menghubungi polis sebelum menahan lelaki berkenaan.

Selain itu, ia menimbulkan pertanyaan dalam kalangan masyarakat mengenai keberadaan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

"Ketika tiba di hospital, kanak-kanak itu dan teman lelakinya kelihatan seperti pasangan lain yang amat teruja menantikan kelahiran bayi," kata polis.

Media tempatan melaporkan polis menyoal siasat Miranda-Jara dan lelaki itu mengakui menjalin hubungan dengan kanak-kanak itu sejak Oktober 2020.

Susulan itu, Miranda-Jara ditahan dan didakwa melakukan kesalahan rogol tahap pertama terhadap mangsa di bawah umur.

Dua minggu kemudian, Castaneda ditahan atas tuduhan melakukan pengabaian kanak-kanak.

Mengikut undang-undang Oklahoma, cukup umur (age of consent) adalah 16 tahun.

Disiarkan pada: August 1, 2021 @ 7:01am
d