Amerika Utara

Lebih 6 juta kanak-kanak dijangkiti Covid-19 di AS

Oleh BERNAMA

Washington: Jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi enam juta, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Akademi Pediatrik Amerika (AAP).

Setakat 7 Okt, lebih 6.04 juta kanak-kanak Amerika dijangkiti virus itu sejak wabak bermula, menurut AAP.

Jumlah kes baharu masih tinggi, menyaksikan lebih 148,000 lagi kanak-kanak dilaporkan dijangkiti virus itu antara 30 Sept dan 7 Okt.

Sejak 23 Sept hingga 7 Okt, terdapat peningkatan sebanyak enam peratus dalam jumlah kes Covid-19 di AS.

Disiarkan pada: October 16, 2021 @ 12:59pm
d