Amerika Utara

Seorang maut dalam insiden tembakan di universiti

Oleh AFP

Washington: Seorang terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera dalam kejadian tembakan di Grambling State University, Amerika Syarikat (AS).

Ia adalah kejadian kedua selepas kejadian membabitkan senjata api di universiti sama menyebabkan seorang maut beberapa hari lalu.

Polis Louisiana berkata, kejadian terbaharu itu berlaku jam 1.30 pagi dan mangsa yang kritikal kini dirawat di hospital.

Pusat pengajian itu berkata, pelajar itu dalam keadaan stabil, manakala mangsa yang maut adalah bukan penuntut universiti itu,

Bagaimanapun, kejadian terbaharu itu dikatakan tidak ada kaitan dengan insiden sebelum ini. .

Kegiatan seperti sukan bola sepak tahunan yang disertai dibatalkan seperti kelas pada Isnin dan Selasa.

Disiarkan pada: October 18, 2021 @ 5:23pm
d